Latihan Asas E-rezeki & Pengenalan Email
21 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu yang lalu, 20 Oktober 2018 yang lalu, Pusat Internet PPR Taman Seri Wangi telah menjemput Pusat Internet Telaga Air untuk mengadakan Kelas Erezeki bagi komuniti sekitar Pusat Internet tersebut. Antara kelas yang diadakan adalah Latihan Asas Erezeki dan Pengenalan kepada emel. Pengenalan kepada emel merupakan pekara utama sebelum komuniti dapat mendaftar dibawah platform erezeki, dan mereka telah diajar bagaimana cara untuk mendaftar emel sendiri.
Selain itu, platform Erezeki yang didedahkan kepada mereka ialah platform 8coin dimana mereka boleh mengkongsikan sesebuat artikel di media sosial seperti Facebook yang membolehkan mereka mengoleh keuntungan daripada perkongsian tersebut. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam daripada 10:00pagi sehingga 1:00petang dan telah disertai oleh 10 orang komuniti yang terdiri daripada umur 18 tahun keatas dan semua perempuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: